GEORGE TOWN: Angin kencang barat daya menyebabkan laut bergelora dengan ombak gergasi sehingga menghempas tembok di Esplanade di Padang Kota Lama, Pulau Pinang.
Ombak gergasi itu mencecah lebih tinggi daripada tiang lampu, mengakibatkan air laut melimpah di jalan raya, sehingga menyebabkan banjir di sepanjang Jalan Tun Syed Syeh Barakhbah di sini pada Isnin.
Pejalan kaki dilihat merakamkan fenomena yang jarang berlaku itu manakala kenderaan yang melalui jalan iberkenaan secara perlahan apabila ombak besar menghempas tembok.
Air laut melimpah sehingga ke jalan raya.
Fenomena itu dijangka berterusan sehingga Ahad depan - mStar Online
0 Komentar untuk "Foto: Ombak Gergasi Serang Pulau Pinang"