Info Setiap Jam

Informasi Online Anda Setiap Jam!

Mesti Tengok! Troll Biawak Yang Sungguh Kelakar



Di zaman di mana media sosial memainkan peranan yang sangat penting dalam perhubungan antara manusia, apa sahaja kejadian berpotensi menjadi viral dan bahan lawak.

Hari ini, tersebar beberapa keping gambar mengenai biawak yang dikaitkan dengan kejadian haiwan berkenaan menyerang seorang bayi di Tioman baru-baru ini.

Kalau difikirkan tanpa melihat gambar-gambar yang dimaksudkan, mungkin kita akan tertanya-tanya macam manalah kejadian yang begitu serius boleh diselitkan unsur lawak.

Sebenarnya begini, kalau ikut apa yang tersebar… biawak di Tioman itu dikatakan telah ditangkap polis dan dibawa ke muka pengadilan.

So… dalam proses hendak ke mahkamah… biawak itu cuba mengelakkan identiti dirinya dikenali dan tidak mahu gambar wajahnya diambil.

Mengambil ‘iktibar’ daripada beberapa pegawai Kastam yang menutup wajah mereka dengan seluar dalam…

biawak kastam

Biawak berkenaan didakwa menutup wajahnya dengan tin (tak jumpa spender Renoma kot).


biawak 1

Selepas itu, kejadian dipendekan dengan biawak itu dibebaskan oleh pihak mahkamah kerana didapati tidak bersalah.

biawak 2

Tersebar pula gambar dua ekor biawak sedang berpeluk (atas). Maka dikata biawak yang dibebaskan itu berpeluk penuh kegembiraan dengan isterinya di luar mahkamah.

Namun… semua itu tidak berakhir setakat itu.

Gambar ketiga pula tersebar memperlihatkan dua ekor biawak sedang dipanggang.

Kononnya orang ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah itu telah menangkap kedua biawak berkenaan dan memanggang mereka bagi melepaskan geram.

biawak 3

Jadi… 3 gambar berkenaan memceritakan dari mula ditangkap hingga dijatuhkan hukuman oleh anggota masyarakat. Tak tahulah kalau ada gambar-gambar lain lagi pun…

Memang menjadi troll berkenaan.

Apa pun gelak gelak juga… kami di Mynewshub mendoakan agar bayi yang diserang itu akan sihat dan terus ceria. -MYNEWSHUB
0 Komentar untuk "Mesti Tengok! Troll Biawak Yang Sungguh Kelakar"

 
Copyright © 2014 Info Setiap Jam - All Rights Reserved
Template By Catatan Info